Tuesday, May 21, 2013

makanan jadi darah daging

sepasang suami isteri bersama seorang anak mereka telah keluar berjalan-jalan di shopping kompleks.

suami : sayang lapar tak? kita nak makan kat mana?

isteri : saya tak tahu nak makan apa.

mereka berdua pun pusing didalam mall tersebut dan mencari kedai makan mana yang mereka ingin makan. lalu si isteri pun bersuara :

"kita makan di Serai la, saya teringin nak cuba pavlova die", suami pun setuju..mereka pon tempah makanan dan juga desert tersebut..anak mereka pula selepas diberi susu die terlena sehinggala mereka telah habis makan.apabila mereka minta resit untuk membuat bayaran kedua-dua mereka lihat resit tersebut.. si suami telah perasan satu kekurangan pada resit tersebut.tetapi si suami hanya mendiamkan diri.. selepas si suami membuat bayaran mereka pun beredar pulang..

semasa dalam perjalanan ke kereta, ketika di dalam lif si suami telah bertanyakan kepada si isteri " awak perasan tak apa yang takde dalam resit tadi ?? si isteri pon dengan muka terkejut menjawab " saya tak perasan pulak, kenapa?? lalu si suami pun menjawab " dalam resit takde pavlova, mungkin rezeki kita makan free kot. lalu si isteri segera minta si suami naik semula ke atas dan membuat bayaran..

moral of the story : makanan kita akan jadi darah daging. apabila kita tersedar akan kesilapan yang dilakukan segeralah kita membayarnya. jangan biarkan ia jadi darah yang tidak halal dalam tubuh kita.saling ingat mengingati sesama pasangan..itu yang terbaik.jangan dedua sama suka dapat makan free.

Friday, April 5, 2013

makan pear smpai tertidur :P

beberapa hari yang lepas bagi thaqif makan buah pear masukkan dalam food feeder dia sebab opah die bagi buah lai ..lai kot..yang kulit kuning tu..isi die berair tu..pastu ummi cepat2 potong buah pear masuk dalam food feeder bagi kat thaqif. sebab thaqif kembung kalau makan buah lai tu..hehehe...punyala die syok sangat kemam kemam dalam mulut..hisap2 buah pear tu..time tu abi yang pegang die..ummi sibuk masak kat dapur time tu..abi cakap senyap je thaqif ni..tengok2 rupanya die dah tidur dengan food feeder tu masih lagi die nyonyot..hahaha..kelakar...ummi pon cepat2 amek gambar :P hihi...buat kenangan...

Wednesday, April 3, 2013

ilmu solid food baby :)

Persediaan Solid Food Untuk Bayi

Copy paste daripada Internet

1.       Makanan pelengkap yang baik haruslah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi terutamanya makanan yang kaya dengan zat seperti protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Ini boleh dilakukan dengan merujuk kepada Piramid Panduan Makanan Malaysia yang menerangkan kepentingan serta keseimbangan kumpulan makanan dalam corak pemakanan harian. Makanan seperti daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu harus diberi dengan kerap.
2.       Sumber makanan daripada haiwan seperti daging, ayam, ikan dan telur harus diberi setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan daripada memberi putih telur kepada bayi untuk mengelakkan kemungkinan terjadinya reaksi alahan.
3.       Susu dan produk tenusu merupakan sumber makanan yang kaya dengan kalsium serta membekalkan nutrien – nutrien penting lain untuk tahun pertama selepas lahir.
4.       Tambahkan pelbagai buah-buahan ke dalam diet harian bayi terutamanya buah dan sayur yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C.

Kesediaan bayi untuk mengambil makanan pelengkap

Apabila bayi menjangkau umur 6 bulan ke atas, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
1.       Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri.
2.       Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi.
3.       Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut.
4.       Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut.
5.       Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut.
6.       Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu.
Walau bagaimanapun, jika bayi yang berumur 4 – 6 bulan tidak mengalami pertambahan berat badan selepas semua usaha memperbaiki cara penyusuan telah dilakukan, makanan pelengkap haruslah diperkenalkan.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi awal, iaitu sebelum berumur 6 bulan

1.       Bayi mungkin tidak mahu meneruskan penyusuan atau minum susu kerana kenyang.
2.       Kerosakan fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan akibat fungsi organ yang tidak matang.
3.       Berisiko terhadap sebarang jangkitan, alahan dan cirit – birit.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi lewat daripada umur 6 bulan

1.       Bayi susah atau lambat menyesuaikan diri terhadap makanan baru.
2.       Proses tumbesaran mungkin terganggu.
3.       Boleh menyebabkan kekurangan nutrien.

Bagaimana menyediakan makanan pelengkap untuk bayi?

1.       Makanan pelengkap disediakan dengan pelbagai cara mengikut umur bayi. Setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan dan kemampuan yang berbeza – beza.
2.       Sediakan makanan yang berbeza dari segi teksturnya mengikut umur:
§         Bayi yang berumur 6 – 8 bulan harus diberi makanan yang berbentuk puri, dilenyek dan makanan separa pepejal.
§         Bayi 9 – 11 bulan harus diberi makanan yang dipotong halus. Apabila bayi mampu mengawal pergerakan jari-jemarinya sendiri, makanan jejari (ketulan kecil makanan yang boleh dipegang dengan mudah) seperti biskut lembut dan buah, boleh diberikan.
§         Pada umur 12 bulan, makanan yang dimakan oleh keluarga boleh diberikan.
3.       Gunakan perkakasan yang berasingan untuk penyediaan makanan bayi (contoh: pengisar, penapis). Ini kerana peralatan yang biasa digunakan mungkin tercemar dengan karat dan makanan dewasa yang tidak sesuai untuk bayi. Jika membeli perkakasan berasingan adalah tidak praktikal, pastikan semua perkakasan telah dicuci dan dikeringkan sebelum digunakan untuk penyediaan makanan bayi.
4.       Kebersihan diri, perkakas dapur serta makanan harus dipastikan pada setiap peringkat penyediaan makanan dan sewaktu menyuap bayi.
5.       Tangan penjaga hendaklah dicuci dengan bersih sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi juga perlu dicuci dengan bersih sebelum makan.

Bagaimana menyediakan puri buah-buahan/sayuran ?

1.       Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
2.       Kupas, buang empulur / biji dan potong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
3.       Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
4.       Kisar, lenyek atau parut buah/sayur.
5.       Campurkan dengan susu atau susu ibu untuk menjadikannya lembut dan cair.

Bagaimana untuk melenyek ?

1.       Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir.
2.       Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
3.       Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini.
4.       Letakkan buah / sayur di dalam mangkuk dan lenyekkan dengan menggunakan alat pelenyek dapur.
(jika tiada alat pelenyek, gunakan garfu sebagai ganti)
Nota : Tambahkan pelbagai jenis buah-buahan ke dalam diet bayi. Buah-buahan dan sayuran lain yang boleh dijadikan puri atau dilenyek adalah seperti:
  • Buah-buahan – Epal, pir, betik, pisang, tembikai susu, mangga, tembikai.
  • Sayuran – Ubi kentang, ubi keledek, lobak merah, kacang pis, bunga kubis, labu, kacang buncis.

Bagaimana membuat jus buah ?

1.       Bersihkan buah menggunakan air bersih yang mengalir.
2.       Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar.
3.       Buah yang mempunyai kulit yang boleh dimakan (contoh epal) tidak perlu dikupas, kerana bahagian kulit mengandungi nutrien berkhasiat.
4.       Tambahkan lebih kurang 30ml (1/2 cawan) air dan potongan buah ke dalam mesin pengisar.
5.       Jika mengisar buah yang lembut (contoh tembikai), tidak perlu ditambahkan air.
6.       Tapis jus menggunakan penapis (tekan hampas buah dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus).
7.       Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.

Bagaimana membuat jus sayur-sayuran ?

1.       Basuh sayur menggunakan air bersih yang mengalir dan letak ke dalam bekas yang bersih.
2.       Tambah 150 ml (2/3 cawan) air dan rebus lebih kurang tiga minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
3.       Tapis jus menggunakan alat tapisan (tekan sayur yang telah direbus dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus)
4.       Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.

Bagaimana menyediakan stok (untuk digunakan dalam resipi masakan)

1.       Buang lemak, kulit dan darah beku pada tulang ayam. Basuh sebersih-bersihnya. Rebus tulang ayam di dalam 1 liter (4 cawan) air. Setelah mendidih, perlahankan api dan didihkan untuk 30 minit. Asingkan dan sejukkan stok di dalam peti sejuk untuk semalaman.
2.       Buang lapisan lemak yang terdapat pada permukaan stok yang  telah disejukkan. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dan dibekukan untuk sebulan
3.        

Cara Merendam Oatmeal

gambar hiasan. sumber : google

Setelah membaca cara-cara merendam Oatmeal saya dapati jika anak anda atau anda sendiri mengalami beberapa masalah kesihatan seperti yang tertera di bawah, saya rasa eloklah merendam Oatmeal.


  • eczema 
  • asthma
  • resdung
  • kurang zat besi (anemia)
  • GERD

Kalau pun tidak mempunyai masalah penghadaman, tetapi ingat meningkatkan kandungan zat besi dan lain-lain mineral dalam diet anak, maka saya galakkan juga. Cuma kaedahnya bagi kita orang Malaysia mungkin sedikit rumit, tapi perlu dijelaskan, bukan senang untuk senang :)

Mengapa perlu sangat untuk direndam?
Berikut adalah pelajaran sains ringkas untuk membantu anda memahami mengapa anda mungkin mahu "merendam" bijian anda:


  • Bijirin adalah benih.
  • Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
  • Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
  • Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
  • Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
  • "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.

Selanjutnya informasi tentang sains disebalik amalan ini di sini :
Bahagian 1
Bahagian 2

Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat.


  1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.​​)
  2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
  3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
  4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
  5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
  6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.

Whey atau air lebihan dari yogurt mewujudkan rasa kurang masam daripada lemon atau yogurt, pada pendapat kebanyakan pakar. Kalau anak anda alah pada susu lembu, maka terpaksa menggunakan medium seperti kefir air atau kefir kelapa.
Sumber ini ada menjual kefir
gambar hiasan. sumber : google

Nak jimat waktu: Beli lemon dan bekukan jusnye dalam bentuk ice cube (macam bekukan puree) setiap satu 1 sudu besar. Simpan di dalam beg freezer. Anda boleh bahagikan dan bekukan whey menggunakan
kaedah yang sama.

ww : persediaan solid food thaqif:)

Tuesday, March 19, 2013

penat

penat sangat rasa. sakit-sakit badan.sakit2 kepala.banyak hati nak kena jaga..
bukan xbersyukur dgn ape yang ade.syukur sangat dengan apa yang ada skrg..
tp penat sangat rasa.. bukan senang nak jadi baik.bukan senang nak istiqamah..
semoga luahan perasaan ini sedikit sebanyak dapat menguatkan lagi ketabahan dalam menghadapi dugaan di hari mendatang..sungguh aku penat.. :,(

Thursday, March 7, 2013

aku rindu sahabat baik ku

sungguh aku rindu.
kita telah semakin jauh.
masing2 bawa haluan sendiri.
tp sungguh aku rindu.
tolong maafkan aku.
wlu kte jauh.
aku tetap igt kamu.
doaku slalu mengiringi kamu.
smoga kamu maafkan aku.
aku rindu kamu.
kasihku pdmu shbt
akan terus tersemat disanubariku

*khas buat sahabat baikku dlu, kini dan selamanya...

Wednesday, March 6, 2013

wordless wednesday :)

buah hati pengarang jantungku :) ummi syg awk sgt2...
checkup 4bln lbh aritu (19 feb) : 6.5kg, 6.5cm

Thursday, February 7, 2013

thaqif dah pandai meniarap:)

alhamdulillah..anak mummy dah semakin hari semakin bijak..panjang akal..thaqif dah pandai meniarap..setiap hari die berusaha dengan gigih..daripada nak mengiring..nak keluarkan tangan yg tersepit. die cube smpai berjaya..mummy n daddy slalu bagi thaqif semangat..walaupun die kadang2 ngamuk2 sbb xlepas2..haha..tp mummy biarkan je..terus bagi semangat..akhirnya berjaya dan berjaya jugak angkat kepala dengan tegapnye...gud job thaqif...air liur jgn citer la kan, mmg meleleh2 laju jer die kuar..bermentol2 nek yang cakap..huhu...suka sangat die main air liur..nasib baik die xpndai sembur2 lagi cume just buat belon2 tu je..

masa 3bulan seminggu mcm tu die dah pndai meniarap dah..tp secara xsengaja masa tengah tidur.die sibuk nk golek2..tgk2 golek2 sampai meniarap..pndai pulak tu alih2 kepala sendiri.wlupun time tu mamai je kan die..pastu start dari situ la die sangat berusaha utk meniarap..dan akhirnya seminggu lepas tu sblm nk masuk empat bulan die dah pandai dah meniarap dengan kepala tegap..sekarang die dok sibuk jer nk tolak2 kaki nk ngesot ke depan..huhu...seronok tengok anak setiap hari ade saje perkembangan die..semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik utk kami sekeluarga. amin.

atuk n opah suka sangat nak main dengan thaqif.. time dinner je mesti atuk n opah nak main dengan die..kalau thaqif tidur time tu mesti atuk kecewa jer sbb xdpt nak main dengan thaqif..huhu..seronokla die sbb ade org layan die..

baru beberapa jam selepas dilahirkan

sebulan

sebulan lebih-suke sgt tido gaya mcm nie

2 bulan..-dah pndai tgk kemera.senyum

2 bulan lebih

3 bulan- suke sgt main.senyum2 tgk kipas..haha

3bulan lebih- pntang kena agah..senyum saje.kuat main

4bulan - 

4 bulan ++ budak bulat .kuat minum susu mummy:)



gambar meniarap xde pulak kat henpon mummy..

Wednesday, January 30, 2013

pengalaman kelahiran thaqif

salam..

thaqif dah masuk 4bulan baru nk tulis kisah kelahiran die..huhu..kalau thaqif dah besar nanti dah boleh baca blog mummy, jgn marah mummy yer..hehe..

28/09/2012 (Jumaat)

12.00am
rasa xboleh nak tidur.pusing kanan, pusing kiri rasa mcm keras je perut..tp rileks lagi..sebab xla rasa sakit sangat lagi.cuma mengadu kat hasben je. sakitla syg,perut mengeras.tp xkerap pun..hasben ajak g hospital tp mummy xnak..hehe..hasben siap dah bangun tukar baju nak pergi tp mummy still golek2 lagi atas katil. pastu hasben pun tidur balik.

12.30am
mummy rasa nak buang air. mummy pegi toilet pegi buang air kecik..pastu mummy xsedap hati..mummy ambil wuduk wat solat hajat mintak Allah permudahkan proses kelahiran anak mummy..sampai nangis2 sedu2 mummy doa..huhu..pastu mummy pujuk2 anak mummy cakap suruh keluar cepat2..boleh same tarikh lahir dengan mummy 28hb :) hehehe..lepas tu mummy rasa nak buang air lagi..mummy g toilet..ntah nape tergerak nak bawak tisu toilet skali ntah..tp xde pun buang air..yang keluar adalah lendir yg jernih campur dengan darah...huhu..terkejut mummy masa nak lap dengan tisu..dan hasben pun kebetulan die bangun die cari mummy takut mummy ada pape sbb lame sgt kat toilet.. mummy sempat lagi tunjuk kat hasben..lendir tu..haha..takut giler rs. sampai cakap kat hasben " syg, ini ape??? haha...pastu hasben suruh siap2 g hospital..tp sbelum g tu sempat lagi makan kek secret turkish tu dgn kek absolute coklat tu2-3 sudu..minum milo. makan roti..konon2 utk tenaga kot2 bersalin mlm tu jgk ke kan..bile sume barang dah siap packing.air zam-zam, kurma. buku doa semua dah bawak..beg memang ade dlm kete dah siap2.

2.00am
sampai kat hospital. bagi buku merah kat kaunter..nurse tanya kenapa datang..ckp dah keluar tanda..tetibe rasa tak percaya..eh..dah nak bersalin ke??  takutnye..hehe..pastu masuk bilik cek jantung baby..pakai CTG yang kat perut tu..nurse cek tekanan darah..masa ni xde rasa sakit pape pun..rileks je baring atas katil tu..sambil baca doa2 utk mudahkan bersalin..zikir banyak2.sebab nervous sangat..kat situ jugakla dengar macam2 rasa kesakitan yang ibu2 lain lalui nak lahirkan zuriat mereka..insaf sangat masa tu..Ya Allah, rupenya macam ni la mak dulu nak lahirkan saya.bukan senang..dan ada akak katil sebelah nie kat bilik CTG tu die bersalin..mudah sungguh proses die..die dah panggil dah nurse tp nurse tu ckp belum lagi..die ckp die senang nak bersalin tp nurse tu ckp sabar kak.belum lagi..kesian akak tu..lepas tu die pn panggil lagi sekali nurse dan cakap.akak rasa kepala baby dah kat bawah..tengok2 dah keluar..huhuhu...terus akak tu kena marah..nape xpanggil nk teran...kejap je..kat situ jgk doktor jahit.keluarkan uri semua..masa ni mummy pulak belum rasa ape2 sakit lagi.cume cakap kat nurse nak g toilet nak buang air tp die xbagi die ckap nanti awak terberanak pulak.

4.30am
baru doktor laki yang hansem datang buat VE. . doktor check bukaan dah 5cm..Ya Allah dah 5cm??? pastu terus teruja..hahaha..terus tanya doktor lagi berapa jam nak tunggu bukaan dah full term..doktor ckp klu 1st baby lambat sikit..lebih kurang sejam 1cm tp bergantung jugak..kadang2 cepat.kadang2 lambat..masa ni pun doktor pecahkan air ketuban.pastu mummy pun ckap kat nurse mummy nak buang air..xtahan sangat dah..nurse ckap nanti dlu..die nk bagi ubat buang air besar dlu..lepas tu baru boleh pergi..lepas die dah masukkan ubat tu..terus g bilik air..terus keluar semua..cirit2..hahaha..mungkin die xnak kita konfius dengan rasa nak buang air besar dengan rasa nak teran nak bersalin dan xnak jgk kita keluar baby dengan najis..hihi..

7.00am
mummy tanya nurse bile boleh masuk labour room..nurse cakap tunggu kosong..huhu...sabar jela..mmg pagi tu labour room penuh..

7.30am
alhamdulillah mummy dah di tolak masuk labour room hasben pun dapat teman...hasben tlg urut2kan belakang mummy sbb dah mula rasa contraction sikit2..nurse cucuk utk masuk air sebab tgk mummy kering pucat lesi n nurse cucuk pethadine kot xsilap la kat peha.sbb sejuk giler dalam tu..mahu xkering bibir..rasa haus.mintak air kat hasben..hasben bagi air zam-zam..lepas tu mummy tidur kejap sbb mengantok sangat. bile terjaga rasa sakit + sejuk lagi ,duduk dalam tu sampai dah 8cm baru la terasa sakit sangat rasa macam nak meneran je dah.tp nurse ckp klu belum full term jgn teran lagi nanti bengkak..sakit..huhu..terus mummy tahan sakit tu sampai tercirit lagi atas tilam tu dan berkali2 jgk la tilam tu beralih2..hahaha..masa tu dah xpikir ape dah yang rasa cume sakit je..kesian hasben masa ni die mmg mengantok sangat. tersenggok-senggok die.

9.00am
Doktor lelaki singh masuk dengan 3 orang doktor pelatih perempuan.. doktor buat VE dan doktor cakap dah full term dah boleh teran klu rasa sakit..huhu..tp masa ni mmg mummy xtahu camne nak teran sebab xde rasa sakit sangat pun nak teran..tp bile mummy rs perut keras je mummy teran tp xpndai jgk..slh teknik.sbb teran kat muka..nurse pulak ckp thn jgn lepas..curi nafas teran dah nampak rambut dah..pastu masuk balik..hahaha..nurse marah..mummy pulak rs mcm dah give up..mummy cakap xboleh..staff nurse ckp sape nak keluarkan anak awak nie..kesian die..awak boleh.lagi sikit je..pastu datang pulak sorang nurse nie die tolong tolak perut...sambil mummy push...rasa macam panas je kat bawah ada satu benda keluar dengan air..di iringi dengan tangisan yang slow lepas kuat anak mummy nangis..nurse tunjuk kat mummy.tanya mummy baby ape puan?? baby boy mummy cakap..sempat mummy cium lagi..teruja sangat..tp masa mmg dah penat sangat rasa nak tido je tp nurse ajak sembang sbb doktor n staff nurse nak jahit n nak keluarkan uri semua tu die xbg tdo..masa nak jahit tu la rasa sakit sangat..dorang letak baby atas dada mummy tp kesian baby die pn nangis sbb mungkin die pn rs sakitnya mummy kena jahit..huhu..baru ku tahu bukan mudah melahirkan anak...alhamdulillah dah selamat semuanya..lahirlah thaqif pada 28/9/12 jam 9.38am, berat 3.47kg, pjg 55cm.

Tuesday, January 29, 2013

demam :(

thaqif masuk empat bulan tp mummy die yg demam..huhu..
kesian daddy kena jage mummy kena jage thaqif lagi..kena settle kan semua kerja rumah pulak tu...ailebiu so much hubby:) terima kasih ya Allah kerana kurniakan suami sebaik dia dalam hidupku..

Friday, January 4, 2013

DOA GHAIB

"mendoakan kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya adalah amalan yang sangat mulia"

Tuesday, September 25, 2012

38 weeks +++

salam.

pejam celik pejam celik kejap jer dah 38 weeks ++ .. sungguh cepat masa berlalu..hihi..tp kenapa sekarang rasa masa lambat jer berlalu nk turun tanda nak bersalin??? mummy dah xsabar nak jumpa baby :D hihi...
sepanjang pregnant ni jugakla, rs sangat2 bersyukur ada hasben yg ringan tulang yang amat ringan meringankan tanggungjawab mummy...say thanks to daddy taw baby :D ailebiu both :)

1st raya sbg suami isteri 2011 with faradiana (anak akak)

semoga Allah permudahkan segalanya.amin...

Thursday, July 12, 2012

DURIAN :D

semlm hasben tegur, sejak bila la wife die ni suka mkn durian??? hahaha..mane xnyer die tgk wife die ni mkn sorg2 abes sekejap je 6 ulas tu, mawu die xpelik?? ish2...baby dlm perut kot yg suke mkn durian..selama ni mak baby xla mkn durian sgt..hihi..

xsbr nk berbuka arini..akak masakkan udang masak smbal tempoyak:D teringin sgt..nak mintak kat mak ..mak manela penah masak tempoyak nie..mak mertua pulak outstation..xdpt nk tlg..haha..terpaksa la mintak kat akak kesayangan:D huhu...

Dalam peti ais ada mcm2 ..sbb mcm2 teringin tp berkesempatan lagi nk buat..ada pisang nangka, strawberi, durian, cheese..sume dah ada dlm kepala nak buat tp masa takde pulak..dok melayan sakit badan saje..haha..tp semlm berjaya buat shortbread marble coklat:D tu pun teringin gak tu..hihi..bile la nak buat strawberi soft butter cheese??? sira pisang, pengat pisang durian??? nak buat nasi lemak pn xdpt2 lagi:P kiki..makan sajela kerja kan..berat naik mendadak baru tawu..minggu depan appointment dgn doktor..nak scan.nak jumpe my baby:D duduk baik2 taw syg dlm tu...kte jumpe isnin nanti yer..jgn malu2 taw..ailebiu.

Wednesday, July 11, 2012

WW : Wordless Wednesday :D

Wednesday, April 4, 2012

bersawang dah blog..haha

salam dan hai...


malas sgt dah nk updated blog..mcm ni la kan klu dah berbadan dua:D hihihi...

setakat ni semua ok..ayam masih lg tidak diterima dlm menu harian..sebab ia akan menyebabkan muntah..hihi..tp kdg2 terbelasah je jgk..tp tanggungla kan akibatnyer..

tp enjoy dgn setiap moment..wlupun kdg2 smpai menangis2 muntah..batuk2 tgh2 mlm..nk tidur hidung tersumbat..macam2 la lagi..tp suami sentiasa ada disisi..terima kasih syg:P ailebiu..

semoga semuanyer dipermudahkan dan baik2 sahaja..amin..

note : thanks sgt kat MIL sebab baik hati sgt masakkan lauk ketam semlm..demand nk sup ketam n ketam lemak cili api..tamak sgt:D kuikui..

Monday, February 20, 2012

bihun tomyam

salam..

sekarang ni asyik nak makan yg pedas2 je..klu yg xpedas tu rasa macam nk muntah jer..mengada-ngada kan? semoga anak ibu baik2 je dlm my tummy nie..hihi..

tp kdg2 jgk teringin nk mkn yg sweet2 gitu..sekarang ni lagi suka nk makan buah-buah sebagai kudap2 kudapan..suka buah epal, anggur ngan buah pear..kadang2 tu dok kunyah kismis jer..skrg nie rasa macam nk mkn kurma :D

angin dlm bdn sgt byk..sikit2 jer sendawa..kdg2 tu rs mcm nk muntah.tp xde pn kuar..yg ada kuar cume air..air kuar kat tekak. tp nasib baik x la rasa perit sgt..malam2 pn sekarang sukar nk tdo..golek2 golek2 xsedar pn dah tertido sendiri..huhu...

tapi semua nie seronok sgt dpt laluinyer..semoga baby dlm perut ibu ni kuat taw...terima kasih ya Allah atas kurniaan ini...semoga ibu dan baby tabah yer..

***counting days nk pergi holiday :P harap2 semuanye baik2 shj..usia kandungan masih muda..naik flight xde pape kan? ya Allah kau permudahkanlah urusanku.amin

Wednesday, February 15, 2012

wordless wednesday :D alhamdulillah~

alhamdulillah :D syukur sgt..untuk yg ke2 kalinyer..hihi

Thursday, January 5, 2012

mode : sakit kepala sesangat

ya Allah, jika rasa sakit ku ini dapat menghapuskan dosa dosaku ..aku rela ya Allah~

sakit sangat smpai jalan pun terhuyung hayang , tak stabil jer...takutnye kalau tibe2 terpengsan:( kuatkan aku ya Allah...kadang-kadang pun rasa nk muntah..tp perit tekak..kadang2 kuar angin kat tekak..tengkuk dan leher pun sakit...tapi ape puncanye??? kenapa rasa sakit sangat2??? rasa macam nk lelap mate je (T_T)
takutnye nk jumpa doktor!!!!!!

Wednesday, January 4, 2012

2012 ~

alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bernafas lagi. terima kasih ya Allah..ku bersyukur atas rahmatMu.

Azam untuk thn baru ni..semoga dipermudahkan untuk memperoleh zuriat..insyaAllah.amin.. perkara yg sudah lepas usah dikenang lagi.sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.  Benarlah nasihat seorang sahabat, jika telah ditakdirkan Allah bayi itu telah gugur ia mungkin tidak akan membawa apa apa manfaat kepada kedua ibu bapanya apabila ia lahir kelak..

Monday, December 19, 2011

cerpen dlu n then novel :D ????

tajuk yg difikirkan : rindu.rindu smlm? aku terlalu merinduimu?

"Aku terlalu merinduimu. Adakah kerana aku sedih akan keputusan yang telah ku  ambil? sesungguhnya aku menyesal menyakiti hatinya demi kebahagian yang ku cari. tapi kini masih bahagiakah aku? dalam hatiku selalu menyebut namamu dikala rindu datang bertandang.  Masihkah ada ruang untukku dihatimu? Aku terlalu merinduimu."

hahaha..tetibe dpt idea nk buat cerpen.buat cerpen la dlu baru buat novel, kan?