Tuesday, May 21, 2013

makanan jadi darah daging

sepasang suami isteri bersama seorang anak mereka telah keluar berjalan-jalan di shopping kompleks.

suami : sayang lapar tak? kita nak makan kat mana?

isteri : saya tak tahu nak makan apa.

mereka berdua pun pusing didalam mall tersebut dan mencari kedai makan mana yang mereka ingin makan. lalu si isteri pun bersuara :

"kita makan di Serai la, saya teringin nak cuba pavlova die", suami pun setuju..mereka pon tempah makanan dan juga desert tersebut..anak mereka pula selepas diberi susu die terlena sehinggala mereka telah habis makan.apabila mereka minta resit untuk membuat bayaran kedua-dua mereka lihat resit tersebut.. si suami telah perasan satu kekurangan pada resit tersebut.tetapi si suami hanya mendiamkan diri.. selepas si suami membuat bayaran mereka pun beredar pulang..

semasa dalam perjalanan ke kereta, ketika di dalam lif si suami telah bertanyakan kepada si isteri " awak perasan tak apa yang takde dalam resit tadi ?? si isteri pon dengan muka terkejut menjawab " saya tak perasan pulak, kenapa?? lalu si suami pun menjawab " dalam resit takde pavlova, mungkin rezeki kita makan free kot. lalu si isteri segera minta si suami naik semula ke atas dan membuat bayaran..

moral of the story : makanan kita akan jadi darah daging. apabila kita tersedar akan kesilapan yang dilakukan segeralah kita membayarnya. jangan biarkan ia jadi darah yang tidak halal dalam tubuh kita.saling ingat mengingati sesama pasangan..itu yang terbaik.jangan dedua sama suka dapat makan free.

No comments:

Post a Comment