Monday, December 19, 2011

cerpen dlu n then novel :D ????

tajuk yg difikirkan : rindu.rindu smlm? aku terlalu merinduimu?

"Aku terlalu merinduimu. Adakah kerana aku sedih akan keputusan yang telah ku  ambil? sesungguhnya aku menyesal menyakiti hatinya demi kebahagian yang ku cari. tapi kini masih bahagiakah aku? dalam hatiku selalu menyebut namamu dikala rindu datang bertandang.  Masihkah ada ruang untukku dihatimu? Aku terlalu merinduimu."

hahaha..tetibe dpt idea nk buat cerpen.buat cerpen la dlu baru buat novel, kan?

segalanya yang berlaku ada hikmahnya~

alhamdulillah , syukur sgt masih diberi kesempatan bernafas di dunia ini..

"baby, ibu sayang awak taw..maafkan ibu" semoga ape yg terjadi.ada hikmah disebaliknya.  Allah Maha Mengetahui segalanya yang terbaik untuk kita bila tiba masanya nanti.." doakanlah saya diberi kekuatan dan kesabaran untuk menanti saat itu...

terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta kerana sudi melayan kerenah saya dikala hati sdh mengenangkan ape yang terjadi..ailebiu sayang..

Friday, December 2, 2011

alhamdulillah..Allah makbulkan doa~ terima kasih ya Allah.

salam.

alhamdulillah..dah terjawab dah:) walaupun degil sangat pegi sorang2 tanpa suami.sebab dah xtahan bermain dengan perasaan sendiri.hehe..syukur sangat..dah lama menanti saat ni.akhirnya ia tiba jugak. terima kasih ya Allah..

Tuesday, November 29, 2011

cuba utk amalkan:D

salam dan hai.

sekarang ni tengah cuba untuk amalkan dan harap2 boleh dijadikan tabiat/rutin harian sampai bila-bila.

baca surat yasin setiap hari sekurang-kurangnya sekali terutamanya masa rehat kat office ataupun time xde keje.

nak baca surah maryam dan surah yusof lepas solat maghrib. nak ajak suami bace skali:D

dalam hati niat nk khatam quran lagi..harap2 tercapai..amin.

note : masa selalu mencemburui kita tp kita lah yang perlu bijak menguruskan masa:)

Wednesday, November 23, 2011

cerita chicken chop + mashed potato

salam dan hai

selalunya kalau dah penat sangat balik kerja memang takkan masak sebab badan dah letih sangat.siap tetido-tido dalam kereta.itu tandanya memang amat la penat sangat. tapi semalam mood adalah berubah secara tiba-tiba mungkin akibat tak puas makan yong tau foo ataupun dah memang asyik teringin nak buat chicken chop..

kejadiannya berlaku semalam apabila dalam kereta ketika perjalanan pulang adalah sangat penat ngan jem nyer lagi.petang-petang mesti jem luar daripada biasa sbb musim cuti sekolah, ramai orang nak keluar petang.maka orang yang balik kerja akan tersangkut didalam jem. lagi-lagi sekarang saya memang balik lambat tunggu suami jemput..saya pun memang sangatla tidak tahan dengan jem..memang boleh buat stress dan hilangkan mood juga.alternatifnya saya amik masa jem tu untuk tido..haha..cakap kat suami penat sangat nak tido la (macam saya pulak yang bawak kete)hehe..tapi memang xblh tido sebab dok asyik pk lambatnye nak sampai rumah..tido pn kejap2 jaga..dan dalam fikiran dan set malas nk masak.penat. jadi sebelum sampai rumah nak tapau something.

bila dah sampai area rumah. tetiba rasa nak masak pulak. ajak suami pegi beli barang nak masak..lepastu dah beli ayam ngan ikan..tetiba pulak rasa nak makan yong tau foo..suami pulak nk apam balik..beli..
sampai rumah jer. confuse pulak. nak masak ke tak nak..

makanla yong tau foo..sambil tengok tv8. abis cite pegi solat..lepas solat tetiba terus pegi dapur nak masak.teringat2 jer nk buat chicken chop.tapi barang2 tak lengkap sangat..haha..buat jela dengan ape yang ada dengan penuh kasih sayang.(siap ckp kat suami.brg2 xckup tapi saya wat dengan penuh kasih syg)haha..
walaupun sangat penat rs badan tapi teruskan jgk.buat cepat-cepat sebab nak tgk cinta elysa.dan buat jgk mashed potato..dan hasilnya :-
ni saya punya sorang.tapi xhabis.suami abiskan.suami punya bahagian peha.saya makan bahagian kepak.(suami ckp sedap) hehe.kembang kejap.
resepi  ayam
-ayam
-sos tiram
-sos cili
-minyak bijan
-kicap
-lada hitam ditumbuk
-kiub ayam knor
(campur semua sekali dan perap ayam)

resepi sos
-bwg merah
-cendawan butang
-sos tiram
-kicap
-lada hitam
-tepung jagung
-air
-perencah ayam knor
(goreng bwg dan masukkan bhn2 lain dan last sekali dah mendidih baru masukkan tepung jagung+sedikit air)
p/s-jgn letak garam nanti masin sgt.

resepi mashed potato
-kentang
-susu cair(sy pkai susu tepung anmum letak air sket)hehe
-butter sket
(rebus kentang dan toskan dan lenyek + susu cair+butter)

Friday, November 11, 2011

steak house xsedap

semalam petang lepas balik kerja pergi makan dekat steak house kat tempat baru kat prima sri gombak.
konsep restoran die mcm ala-ala cowboy gitu la..tp makanan hampeh.xsedap langsung. nyesal sungguh je.
order chicken cordon blue , fish grill n mushroom sup n garlic bread.

semua pun xsedap! sos untuk chicken cordon blue tu hanyalah semata-mata sos cili yang dicairkan dengan air. sos tu pulak jenis yang murah..kecewa giler rasa.

firsh grill die pulak bau hanyir..sos yg die bagi tu sate je..bukan ke ikan slalu ada sos ikan tu warna oren. thousand island kot kan? tp xde.

garlic bread pulak keras dan sejuk. sup dia pun xpnas pn.suam2 pun tak..

kesimpulannya adalah sangat kecewa. patutla kedai takde org..masa nak balik tu dorang ckp terima kasih datang lagi..rasa nak je jawab memang xkan datang lagik. cukupla sekali ni jer terkena..harga pun xberbaloi dengan yang sepatutnye. lebih best kat hr steak kg baru..

mood : masih lagi berhajat nak buat karipap pusing.hehe..misi lum bjaya.misi utk kek coklat sudah berjaya.dah lama giler x baking..sbb malas nk amek order..hehehe..

Thursday, November 10, 2011

lima bulan sudah :D

salam dan selamat pagi.

alhamdulillah :D sudah lima bulan kami hidup sebagai suami isteri :D banyak dugaan dan cabaran..tapi alhamdulillah kami tempuhi dengan sabar.  terima kasih ya Allah atas kurniaan ini. aku bersyukur di atas limpah kurniaanMu di bwh lindungan rahmatmu..sayang suami sangat:D hehe..

sambutan untuk lima bulan? nak pergi mane? harap dapat pergi fraser hill weekend nie:) hahaha..

i lebiu more sayang :D

semoga kita sama-sama sabar menghadapi alam rumah tangga ini dengan penuh saat kemanisan hingga akhir nafas yang terakhir..amin.

baby dalam perut ibu jangan nakal2 okey :) aku redha diatas segala ketentuanMu.

Friday, November 4, 2011

demam+selesema+batuk+sakit tekak+sakit tekak+muntah

salam dan selamat pagi

KL ujan pepagi. sejuk sangat rasa. sekarang niem, dah nak dekat seminggu selesema dan batuk disertai juga dengan demam dan sakit tekak dan juga muntah. berjangkit dengan my hubby. tp skang die dah sihat walafiat.

penatnye rasa badan..akak cakap demam pembawakan budak..hahaha..

semoga diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi segala ujian dariNya.amin..

i luv u so  much sayang..i luv u more n more sehingga nafas yang terakhir~~~

mood : masih berfikir-fikir nak balik kg suami ke xnk cuti raya aidiladha nie.sbb dgn kesihatan diri yang xseberapa nie. risau pulak. tersusahkan orang. nenek marah x klu aisyah xbalik? hehehe

Tuesday, October 18, 2011

malasnye nk update blog cite pasal picnic hujung minggu haritu.

wahai rajin.datangla..datangla selalu...sy perlukan awak rajin..plz..come to me cyg..hehehe..

Thursday, October 6, 2011

bukan kehendak hati~

dah lama gak xupdate blog..ala, baru seminggu jer x update.saje biarkan dia bersawang-sawang.berhabuk-habuk.bukan ada follower pun nak baca..hehe..silent reader tu xtawu la dorang baca ke tidak..sibuk nak tahu tentang hal diri nie ke tidak..harap-harap xdelah...hahaha..bajet macam ada nak baca cerita diri sendiri.


takde mood nak update pape...kita merancang Allah yang tentukan segalanya.perancangan nak pergi penang terpaksa ditangguhkan or dibatalkan.walaupun dah lama teringin nak pegi penang:( kesian betol xpenah jejak kaki kat penang.  mungkin ada hikmahnya yang kita tak nampak lagi..xpela..bukan suruh duduk rumah pun. tapi pergi jalan-jalan jugak cuma bukan kat penang tapi kat selatan.hehe..esok dah jumaat..cepatnyer..

kadang-kadang kita tak sampai hati kan nak cakap dengan orang tua. takut mereka terasa hati dengan keputusan kita.  bila dah kawin suami first, family suami first. nak jadi isteri solehah kena taat dengan perintah suami..bersabarlah wahai hati.. InsyaAllah ada sinar menantimu di sana~ hehehe...

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday

sunyi sepi

bos cuti lama.boringnyer dok opis.bos cuti haji.45hari..keje pn xde nak buat..siapa yang tanggung kerja pun xtahu lagi siapa.emmm...rasa nak balik uma jer.nak tidur.hehe..

Saturday, September 24, 2011

salam

sok org nk nikah nih~ org nk mintak maaf dan halalkan sume..doakan yg terbaik utk org.

haha..terkejut dapat mesej nie. tengah merengek2 kat suami cakap penat. haha..suami pun baca sekali. reaksi dia? macam jeleous. sebab dia terus g sidai baju kat atas. tapi si isteri cool jer. wat xtahu suami mcm terasa ati. sebab sy tahu suami saya sgt cool jgk.

papepun sy tetap sayangkan suami saya. saya doakan semoga "r" selamat bernikah harini. dan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. amin.

Friday, September 23, 2011

cerita mee kari yg pedas dan lempeng kuah kari yg manis

salam

baca tajuk macam entah pape.haha..

buka puasa semalam masak mee kari. teringin nak makan mee kari kerang. tapi dalam hati nak makan jugak nasi dan ikan goreng. pastu nak jugak buat sweetie cheese cake. nampak sangat nafsu makan sedang super duper tamak. tapi alhamdulillah semua makanan sempat siap before azan maghrib.haha..tapi sweetie cheese cake. nanti saya cerita lain masa. sekarang nak cerita pasal masak kuah kari untuk mee kari. PEDAS. haha. masa tengah rasa tu suami cakap dah ok dah rasa nie.cukup dah masin.  tapi bila time saya makan. nan ado. tawar dan PEDAS. haha..mee kuning tu pulak banyak sangat kapur. mee dah bertukar merah..makan sikit jer. mee tu buang jer.takut perut xtahan. lepas dah solat sume. niat dihati nak repair kuah mee kari yang PEDAS tu..saya pun tambah gula n tambah garam. haha..tapi malangnya gula tertumpah ke dalam kuah mee. tertumpah taw. bukan sesaje nak letak gula banyak.hahaha..nasib la rs die masih oke lg bukan seperti makan gula-gula. kalau x? membazir. jadi untuk breakfast pagi ni saya pagi-pagi lagi dah bangun buat lempeng.. untuk makan dengan kuah kari yang manis tu.hehe..

Thursday, September 22, 2011

ayam bakar + kuih keria

salam

semalam buat ayam bakar black pepper.sedap sungguh.haha..bakar dlm oven. lepas maghrib dah xsabar nak makan.

(nie pic ihsan google.sy punye lebih kurang cmni tapi xde la sayur2 tu.suami xsuke mkn sayo)

malam pulak terajin sgt pulak tengok ubi keledek yang dah lecek ada dalam peti ais.haha..pastu suami naik atas. saya pun buat kuih keria.campur tepung gandum.buat bentuk bulat.cucuk lubang tengah2. jadilah kuih keria/gelang.haha.senang jek.pastu goreng. yang mencabar nak buat gula..sebab xtahu. rasa macam suami tahu. tanya dia. die tolong kacau kuih yang tengah goreng. die ckp panaskan je gula + air sikit..die suh letak kuih tu terus dalam gula n golek2.tp saya ni pandai sangat.xnk percaya.haha...nk buat asing konon..last2 jadik keras gula tu.haha..keras nk salut kuih..boleh patah gigi kalau makan.haha..

xpe, suami punye gigi kuat. die cakap boleh makan..tapi sebenarnye tak keras sangat pun. dahla jadi banyak nasib baik xsemua tersalut gula n jadi keras.tp isi still lembut.hehe..sedap jgk suami ckp.

ni pun ihsan google..gula tu pn sikit jd mcm atas ni jer.

Tuesday, September 20, 2011

alhamdulillah:D

salam

alhamdulillah. syukur kupanjatkan kepadaMu Ya Allah diatas limpah dan kurnia yang telah kau berikan.
saya bahagia. saya gembira. saya syukur sangat.  semuanya diatas pemberian  yang telah KAU berikan.  semoga kita sama-sama  jaga ikatan ini dengan sebaiknya. InsyaAllah.  walaupun kadang-kadang emosi menguasai diri. walaupun kadang-kadang nakal sangat.degil sangat.ku bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik dia..i love u sayang.i love u more n more ~

p/s : comelnyer baby kembar ni. sayang boleh request ni x? hehe

Tuesday, August 23, 2011

kari telur.kailan ikan masin.ikan goreng.

salam dan hai.

dah masuk ramadhan yang ke 23hari nie..lagi 6 hari nk sambut aidilfitri.cepatnyer ms berlalu.pejam celik dah nak dekat raye.

semalam ingat nak masak lepas balik kerja tapi entah kenapa seminggu ni badan rasa letih sangat.masak pn ikut mood je.pagi-pagi pergi kerja mesti nk tidur dalam kereta.kesian suami.dekat office pun mata ni memang mengantuk jer.tp masih boleh tahan dari lena atas meja.

semalam tapau kepci sebab cakap kat suami.beli jela.xlarat nk masak.balik kerja semalam memang tidur lagi dalam kereta.ke memang ada aura tidur dalam kereta saya? haha..tapi semalam memang betol-betol terlepek jer dalam kereta sampai tangan mengigil-gigil.

sahur pun pagi tadi makan ayam kepci belen mlm td..niat hati nak masak kari telur.kailan ikan masin.ikan goreng.tp tak tahula balik kerja hari ni macam mana pulak kekuatan diri bertahan untuk memasak.harap suami dapat bersabar dengan isteri dia nie.hehehe.

pagi-pagi lagi dah cakap pasal  menu berbuka.ish2...

Friday, August 19, 2011

akhirnya berjaya buat laksam sendiri

salam dan hai.

pd pg jumaat yg indah ni dpt berita yg menyedihkan baby meninggal..sdh dgr..semoga dia tabah menghadapinya bersama isteri..

ok, sbnrnye nk cite ttg smlm.smlm xjd pegi buka kat luar.sbb ? sbb jln xjem sgt.smpai uma pn awal.jd nk msk.tp suami baik hati sgt2.hehe..dia belikan tosai ngan roti boom kat kedai mamak.die tahu isteri die nk mkn mende alah tu.(rupe2nyer die curi2 tgk blog wife die nie.haha) jadi menu berbuka smlm adalah roti boom, tosai n laksam (buat sendiri ok)haha..poyo giler la nk bangga..tp gambar xde..mls nk amek..
suami ckp sedap..sy pn ckp sdp.mkn bertambah2.haha..

p/s: arini nk buka kat restoran cina muslim, mohd adam ali  kat puchong.bos en.suami nk blanje.hehe..xsbr nk mkn nestum butter prawn.:) hehehe..

Thursday, August 18, 2011

roti bom, tosai n laksam

salam dan hai.

tgh teringin nk mkn 3 benda tu.tp bile smpai berbuka xteringat dh.dh xde baru teringat balik..rs mcm nk buat sendiri laksam tu.tp tp..skang nie angin satu badan.pening xigt..





tgu ms yg rs mcm ok.btol2 larat nk buat sendiri nk msk sendiri..arini nk ajak suami pegi mkn buffet kat d riverstone, ulu yam.tp kat situ xde roti boom ngan tosai....(tp xnk bukak kat mamak)

Saturday, August 6, 2011

mandi-manda kat sg.sendat

salam

mandi air terjun adalah sgt best sbb air die sgtla sejuk.suasana pn nyaman jer..sekali sekala dapat pergi mandi sungai mmg seronok. jadi sy dan suami pn merancang untuk pergi berehat rehat sempena cuti hujung minggu yg lepas2.pergi mandi sungai kat sg. sendat.ada air terjun sekali..lepas dh bersiap bwk bekalan2 yg sepatutnya untuk mengisi perut selepas mandi adalah wajib..sbb lepas mandi mesti laparkan.tp bwk bekal ala kadar jer..takut membazir..ms mula2 nk g mcm jauh giler..apsal xsmpai2 lg..igt ktorg dh sesat.hahaha..siap ktorg patah balik pegi ke kg. orang asli..kot2 ktorg tersilap jalan ke ape kan..bile patah balik..siap naik atas bukit yg agak tinggi tu dgn 1 lane je..fuh..takut rs..pastu xjumpe..ktorg teruskan balik jln ikut jln pertama yg ktorg lalu...smpai hujung..baru nmpak signboard sg. sendat..punyala dalam..bile smpai jer terus teruja..wah...bestnye..xsbr nk mandi..nk msuk tu kene byr rm1 sorg..citer pjg2 pn xgune tanpa gmbar kan? haha...sile la layan pic yg dr kemere yg xseberapa nie...


air terjun sg. sendat.tp ktorg tkt nk g mandi kat situ sbb xpndai berenang.takut tenggelam.haha

bekalan (teh o panas,makaroni carbonara, samosa,nuget,nasi+daging msk itam)

Wednesday, August 3, 2011

salam ramadhan:)

salam.

alhamdulillah syukur dpt dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sehingga bertemu ramadhan pada tahun ini..ramadhan pertama sebagai suami isteri adalah sgt menyeronokkan wlupun penat sikit + kelam kabut sikit ..haha..sikit jela konon..padahal punyala serabut..jalan jem.smpai rumah pn lambat nk kejar2 lagi nk masak..1st ramadhan aritu makan nasi ambang sbb dh xsempat nk masak..beli je kat bazar..lepas berbuka terus memasak.klu2 suami lapar lagi..pastu standby msk untuk lauk sahur sekali..2nd puasa, dpt masak lauk feberet suami..sambal udang dgn gulai lemak labu..hehe..pastu terajin sikit buat kuih koci labu..mlm2 kudap2 mkn kuih koci labu..nasib baik sempat masak..tp lepas buka terus wat kuih koci..suami mmg senang bangun sahur.senang tlg pape pn keje kat dapur.alhamdulillah, suami rajin sangat..kurang sikit tekanan masak sensorang..hahaha...

Thursday, July 21, 2011

rindu sgt2.

salam dan hai.

rindu sgt kat insan ni? dh try cari.dah try contact tp hampa.rsnye madam dh pindah kat poli mukah.klu sape tawu tlg bgtawu.

bersama madam saabiah :) rindunyer sgt.(mcm anak beranak x?)

Tuesday, July 19, 2011

naik tren

salam dan hai.

hari ni 1st time naik ktm lepas dh bertahun2 xnaik..haha..saje nk test.gigih n semangat kena kuat wokeh..gerak dari umah pkul 6.11pagi..tibe di ktm btg kali 6.15 pagi..tren yg akan smpai 6.26 pagi. smpai kat ktm KL 7.30 pagi.. xsempat nk kejar msuk opis 7.30pg.hahaha..pasni kene gerak awal.tp nt xsempat nk solat subuh..rsnye mmg kene masuk pkul 8.xpe2..nk try dlu tgk nt mcm mane..

Friday, July 15, 2011

ulang bulan pertama suami isteri:)

salam dan hai.

lame dh xupdate blog.dh bersawang-sawang dh.hihi..sibuk berkursus..

sempena ulang bulan yg pertama sempena perkahwinan kami pada 10julai yg lepas.ktorg pegi strawberry farm kat genting.dah lamer rs nk pergi tp ni baru ada kesempatan nk pegi..best.dpt petik strawberry sendiri wlupn strawberi mcm xbyk je..tp abes gak petik 340g..hahaha..byk jgk tu..100g RM6..biarlah gmbar yg menceritakan segalanya..hihihi.

pintu masuk

gmbar lain nt la ek..mls giler skang nie.huhu

Friday, July 8, 2011

kursus

salam dan hai.

berkursus dari 11-14 july.jgn rindu yer.hihihi..bubye:)

Thursday, July 7, 2011

masak-masak

salam dan hai.

Kehidupan sebagai isteri adalah sgt menyeronokkan bg sy..walaupun bagi sy kdg2 ia sgt merumitkan dan memenatkan tapi rs sgt seronok..sbb dpt buat sesuatu utk insan yg kte sayangi..sgt berbeza dari kehidupan ketika bujang dulu..sbb masa bujang duduk dgn family..lagila terasa lain..bila dh jd isteri kena masak..masa mula2 dulu takut sgt.takut nk masak. sbb takut xkena ngan citarasa suami. tp ms mula2 msk selepas bergelar isteri adalah sambal udang..sambal udang msk ms family suami datang..pedas sgt...ms tu mcm gelabah sgt..smpai terbatuk2 org yang ada dlm umah tu sbb rs pdas menusuk hidung...rs plak xsedap.ntah pape.tawar..tp belajar dari kesilapan..

lepas dari hari tu mula explore lg ttg masakan...masak yang simple2 je.. sepanjang jd isteri yg setakat ni dah masak yg sempat amek gmbar :-

 cendawan goreng tepung
tepung jagung
telur
tepung kentucky
sos tiram


 bergedil ayam
kentang digoreng dan dilenyek
daun sup
ayam direbus dan siat2
telur
minyak

 ayam masak  halia
ayam digoreng
bawang merah
bawang putih
cili api
halia
tepung jagung
minyak
garam

 udang goreng tepung
udang dibersihkan tinggalkan ekor je
(lain bhn same mcm nk buat cendawan goreng tepung)
lada putih

 kobis lemak putih
kobis
santan
udang kering
bawang putih

 sup tulang
sup tulang bunjut
rempah ratus(kayu manis, bunga lawang, pelaga di tumis dulu)
air
tulang lembu
garam
daun sup
bawang goreng


 sup cendawan
mentega
cendawan butang dihiris
susu segar
pati kiub ayam
bawang kuning didadu

garlic bread
mentega
roti
bawang putih( diketuk dan dibakar atas api dan dibalut ngan kertas timah/aluminium foil)


p/s : semua resepi adalah ikut suke dan sukatan agak2 jer..

selamat mencuba..

Tuesday, July 5, 2011

hantaran tunang

salam dan hai..

setelah hampir setahun bertunang dan kini telah bergelar isteri pn..hahaha..rs mcm nk share skit ttg hantaran ms tunang dlu..yg sgtla simple..buat dgn pnuh kasih syg dgn tgn sendiri..hahaha..(padahal xckup bajet, cover plak nk ckp nk buat sendiri kan.) simple giler.sbb sy sukakan sumting yg simple jek.xsuke yg crowded sgt.. ms tu rajin sgt konon nak buat sendiri bunga dulang stoking..siap dgn rerama la..haha..nasib baik menjadi sbb bru 1st time nk buat hantaran sendiri..ok2, xnk citer pjg2, biar gmbar yg citekan segalanyer...

simple sgtkan?
coklat & daim tu beli kat labuan ms tu bakal tunang beli ms die g kerja kat sana.
kek tu tempah kat yummylicious kot xsilap la..kat kak tini.
kek tu tempah kat kdai kek hidayah, tmn samudera (makcik ni xbest)sbb ms tempah tu marah2 jer.pesal ntah emosi..pastu ms  nk amik tu die bley x slh tulis kat atas kek tu..die tulis selamat pengantin baru..nasib check.klu x..ish2..org igt mcm xsbr plak nk kahwin.n die btolkan gune shortening jer..xpatut.kek xbest sgt.keras.coklat dia pn keras..
sirih junjung tu yati ngan akak die yg tlg watkan..FOC.hehehe

Friday, July 1, 2011

TQ Tag

salam dan hai.

tetibe rs nk share sumting yang sy wat ms kawin haritu..simple tp suke sgt..tempah cop pastu cop kat beg doorgift paper kertas goreng pisang.hahaha...pastu hias sket ngan dolly paper..mcm pic cop yg kat bwh ni cop yg sy tempah.paper beg doorgift xsmpt nk snap pic maaf..

simple tp sweetkan..ceh perasan giler..

Thursday, June 30, 2011

nasi lemak sambal sotong

salam dan hai.

sbb penat sgt smlm.keje byk.(bykla sgt)pdhal berfb je xabis2..hahaha..tdo awal.lepas iron bj ngadu sakit dada kat suami pastu die tlg sapu vick dan ai pn terus terlelap..suami ai punye baik xkejut pn ai..die ckp ai siap keroh2 krooh lg..xsmpai ati nk kejut..sweet giler kan suami ai...thanks syg..pagi2 bgun ai tgk die dh jemur dh bju yg cuci tu kat bilik atas..wah..terharu lagik. terima kasih syg..jd ai rs nk msk ns lemak pg td..bsame smbal sotong yg ada belen lg mlm td..bgun tu ai terus msk nasi lemak..hahaha.gigih giler.nk g keje time tu la nk msk.hahaha..suami ai dh ckp.sempat ke syg? ai ckp, sempat.syg g mandi dlu..xpe2, sy msk sorg je..

hasilnya



























hahaha..gmbar xde.xsmpat nk amik..lenkali ai msk ai amik.

Wednesday, June 29, 2011

mrs.palee

salam.

sejak dh jd mrs.palee mls giler nk update blog..huhu..tgu gmbar dr OP jela..

alhamdulillah semuanya dah selesai..

semoga dpt jd yg lebih baik dr sblm nie..azam nk jd isteri cerdik yg solehah, penyejuk mata, penawar hati buat suami..amin..semoga dipermudahkan oleh Allah dlm segalanya..InsyaAllah.

Wednesday, May 25, 2011

perginya seorang sahabat

salam dan hai,



maut sentiasa menghampiri kte setiap masa sama ada kte sedar @ tidak.. bila dgr berita ttg kematian je msti rs sdh skali..lagi2 bile kematian tu sgt menyentuh hati.

masa hari isnin lepas pagi2 msuk ofis, bile bukak fb je dpt 1 berita yg amat2 mengejutkan sy.smpai sy bce berulang kali.btol ke ni? utk dpt kan kepastian sy call kwn baik sy, yati.. lepas tu byk giler soklan yg keluar.. tnye mcm2 sbb mcm xpcye je..sy dh kehilangan seorg kwn yg baik & sgt ceria tu..perginya tnpa disangka tanpa ada petanda apa-apa..kwn sy, mohd shaufi @ sopi telah kembali ke rahmatullah pada 21.05.2011, beliau meninggal ketika tiba-tiba rebah ketika main bola kat padang..sblh padang tu dewan majlis sy nanti..teringat kate2 arwah yg tibe chat fb sy dan berkata nk hadir majlis sy tp sy xde inform die..die tnye bile sy nikah.die nk datang..sy cume rs mcm xpcye..eh, ko nk dtg ke aku nikah? die ckp yela..kat mane? bile? sy bls lg sy ckp eleh ko poyo jer..ckp nk dtg tgk2 xde pn dtg..btol la die ckp..pastu sy bgtawu detail semua katne n bile.die terus senyap..xde reply dh.

sy teringat bile arwah terserempak dgn sy.mesti die akan hon dan tegur n sembang2.. sesungguhnya sgt terasa kehilangan arwah. beliau xde sakit. masih muda.sebaya sy..tp segalanya itu adalah urusan Allah..die telah tentukan dan segalanya telah ditakdirkan.. same2 la kte redha akan pemergiannya..semoga arwah tenang disana & keluarganya dapat menghadapi ujian Allah ini dgn tabah..al-fatihah..






(arwah yg baju biru muda)

Tuesday, May 10, 2011

DIY guest book~

Salam & hai,

bru lepas siapkan guest book~ alhamdulillah dh boleh anta kedai:) hihihi...kwn2 sekalian, korg jgn lupe tinggalkan jejak kat guest book tu nanti yer..nt sy akan bgtawu kedudukan guest book tu dimana supaya korg senang nk cari ms majlis sy nanti..insyaAllah akan ada sesuatu yg istimewa utk yg meninggalkan jejak kat buku tu nanti~

semoga diberi nafas lagi untuk menulis~ insyaAllah~

Tuesday, May 3, 2011

blur~~

dada sakit.debar2.stress.huwaaaaaa:,(

Thursday, April 14, 2011

telangkai part time~

morning~ tetibe arini rs mcm epi giler..sbnrnye dh beberape ari rs cmni ...HAHAHA..sbb dh berjaya satukan dua org kawan yg agak rapat dgn sy...sy doakan mereka kekal smpai ke jinjang pelamin..byk2 sbr dlm melayani kerenah pasangan masing2 dlm sesi pengenalan...sampai sini je yg sy dpt tolong..klu korg gadoh..jgn cari sy yer..HAHAHA...

Wednesday, April 6, 2011

preparation wedding

Semalam pegi deal baju pengantin. Amek pakej je..mls nk citer byk sbb x rs excited pn..hahahaha….semua pn ok..mls nk demand lebih-lebih..amek ape yg ada je..wlupn sbnr dlm hati nak wat baju baru, xnk baju yg dh ada..tp xpela.pasrah je.. cantik je jgk. lagi 2 minggu sblm majlis nk g fitting baju..Pelamin pn dh bgtawu ape yg sy nk..cume xpasti die fhm ke x dgn ape yg sy nak..semoga sy dpt la ape yg sy nak…hahaha..pasrah lagi…nak belon kat pelamin, nak burung2 gantung kat pelamin..boleh x? mcm budak2 x idea nie? tp xpela..pape pn sy terima je..redha jer..yg pnting semua settle dgn selamatnya..borang nikah dgn HIV test pn blum buat..doorgift pn blum start pape lg..hantaran pn blum prepare pape lg..brg2 dh ada…huwa…rasa nk nangis laju2 jer…dlm ati cume pk slow2..pelahan2 kayuh..hendak seribu daya, xnak berdalih2 la cr alasan..jadi tabahlah wahai ati, sy cume impikan perkahwinan yg berjalan secara sederhana dan diberkati oleh Allah..usaha tangga kejayaan..Alhamdulillah kerana masih diberi nafas sehingga kini…syukur…




Oh ya, arini adalah besday akak sy, selamat hari lahir kak ani, dah 34 tahun dah..tp tgk mcm x 34 pn…nmpk mcm mude lg..HAHAHA…

Friday, March 25, 2011

burung kertas owh burung kertas~

Harap impian akan terlaksana ms kawin nt.insyaAllah, kte hanya merancang Allah yg menentukan segalanya. Nak gantung burung jenjang kat tempat yg blh gantung la ms majlis nt..yg pnting nk gantung kat pelamin:) hihihi..mcm bdk2 plak kan.. xkire dh berapa byk wat..tp byk giler..terima kasih kat kwn2 yg secara xsengaje tumpang kene wat mende alah ni skali...terutama kat ain j..hihi...
wat sementara gntg dlu kat bilik

sebelum nk gantung


Thursday, March 24, 2011

sakit perut melanda

sejak beberapa hari ni mr.Tan adalah teman baik sy..pagi2 sakit perut.smpai ofis je sakit perut.masuk kete je sakit perut..kat umah xnk plak die sakit perut..kepala pn same adeh..teramatla sakit..xtawu la ada migrain ke x..xpnah check tp mmg kerap sakit kepala..kdg depan kdg2 kanan, kdg2..ni lah padahnya sbb xnk g check docte..takut sgt nk g jumpe..hahahaha..mgkin jgk kot stress nk kawin..hahaha..

note:skang bz sket membuat beberapa preparation utk majlis sy nanti...klu boleh semua nk wat sendiri..nsb xpandai jahit bju..klu x baju pn nk jahit sendiri..hahahaha..niat dihati nk wat door gift sendiri jer..untuk nikah n majlis nt..tp mampukah? ada sape2 yg sudi nk tlg x? hahaha... kena jemput bala tentera yg ada utk tlg makcik die ni...huhu

Friday, March 18, 2011

arini bkn saje jd PA tp jadi CATERER jgk~hahaha

pagi ni pagi2 lagi dh kena g bli kuih utk mesy bos pg nie...byk plak tu..dlm 100bijik kot..beberapa jenis..pastu igtkan keje adalah setakat tu je..rupenyer tidak..hahaha..padan muke kat diri sendiri...pastu kena cuci pinggan yg bos bwk dr rumah(blh x die xbasuh pinggan berhabuk tu bwk g opis?) adei...lepas basuh...tetibe bos ajak bfast skali..(padahal sy dh bfast pg2 lg) smbil2 bfast tu sy pn lap2 pinggan yg dh cuci tu...pastu nk susun2 kuih yg dh beli tu kat pinggan..bile dh susun sket tetibe bos ckp 'eh, kan lebih senang susun kuih tu kat bilik mesyuarat? ya Allah, kan dh byk keje nk wat...nk mengangkut je dah 1 hal...sbr jela labu...sy menurut perintah...pegi susun kat pantry blkg bilik mesy. tu...tgk punye tgk..eh..byk ni keje nk wat..xkan nk wat sensorg? mane nk wat air lg..nk susun lg..nk letak kat meja mesy. lg...nk g amek pinggan yg xckup lg kat bhgn lain...HAHAHA...semua wat sensorg..last2 mintak tlg kat mak mertua yg xjd ataupn puan ketua kat bhgn sy(HAHAHA) yeay..beliau tlg sy wat air..sy susun n sorg lg tlg letak kat meja..alhamdulillah...akhirnya settle pn..

bile dah abes meeting, sy kemas sorg2 taw..pastu ada makcik cleaner tu lalu..mintak die tlg plak..hahaha..kejam x..tp sy cuci pinggan sorg2 taw...nk patah pinggang..(cuci pinggan je pn )
pastu dh settle cume tinggal nk keringkan n nk lap pinggan n cwn2 tu jer...bile free bru wat..arini dh penat~ hihihi...

Amik pengalaman, mane tawu 1 hari nanti..akan ada kedai sendiri..catering sendiri..hahaha..(berangan je lebih)

Thursday, March 17, 2011

keboringan melanda~

hahaha..boring sungguh beberapa hari buat rutin yg same..keje kat opis xbpe nk ada..jd kene yg dibuat adalah mengadjust blog supaya lebih cumel..hihi..sy budak bru blaja kalau slh tlg tunjukkan:) balik umah plak xde wat ape sgt..mood adalah nk rest..yg akhirnya kebosanan..hahaha..

Tuesday, March 15, 2011

tempahan 30pcs cupcake~

hujung minggu yang lalu telah berjaya siapkan tempahan cupcake sebanyak 30pcs pelbagai perisa..coklat, vanila n blueberi...lyn gmbar kat bwh jela ek~



Friday, March 11, 2011

xtvt msk2 beberapa minggu kebelakangan ini :)

blueberi cistat utk di hantar pd syahmi kat kuantan..1st time nk try delivery pos..

muffin yg telah di packing tempahan dari iza~


cupcake coklat bawa g opis utk majlis bacaan yaasin n celebrate bufday org2 bln feb.


muffin kecil yang ditempah iza utk majlis kawin die.(200 bj)


macaron yg telah dibuat utk kali ke2..sbb yg 1st xjd.HAHAHA.

red velvet kek..oleh kerana tersgt ingin mencube..maka terhasil la red velvet kek ni..tp xsempat amek pic yg dh siap dgn frosting~..

fancy cookies utk sample kepada kwn2 opis..anak buah bwk g skola utk jual..




























Wednesday, March 9, 2011

nozzle dh dpt:)

dikala sedang menunggu masa nak pulang..tetibe ada plak bungkusan tibe di atas meja..( dlm. ati ckp sape la yg bg adiah nk pos2 nie..hahaha..) dgn penuh xsbrnyer menggoncang kotak tersebut..dan keluar la bunyi2 yg membuatkan lagi excited giler..rs mcm eh nk bukak cepat nk tgk cepat..ape ada dlm tu..bile tgk name pengirim kat kotak tu mcm eh..xkenal pn..tp bile pk2..dah tawu...hihihi...ape lg dengan gelojohnya membuka la kotak tersbut dan terus epi:) yeay ianya nozzle yang my fiance orderkan tu dah sampai...seronok giler..terus kol my fiance..hahaha...nampaknye pasni kene lebih rajin mendeko kek la..hihihi...tp pic lenkali ek..sbb ada misi lain lg nk wat dgn nozle tu..